Projek rintis CamMuka 2.0 akan dilaksanakan di Penjara Kajang bermula Jun ini.

Ia bertujuan mengekang kes pemalsuan identiti dalam kalangan banduan dan mengenal pasti penjenayah dengan lebih berkesan.

Projek berkenaan dilaksana Jabatan Penjara dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia bagi mengukuhkan keupayaan forensik siber negara membabitkan kedua-dua badan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Cybersecurity,  Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, ia turut membantu menghasilkan keputusan pengecaman dan pengkelasan data wajah dengan ketepatan melebihi kebarangkalian 85 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini