Projek Rintis Elektronik Kumpulan Buah Segar secara dalam talian (E-FFB) oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mampu memantau pelaporan rekod urus niaga keluaran sawit oleh pemegang lesen ke dalam pangkalan data MPOB.

Sekaligus, ia mampu mengawal dan mengelakkan manipulasi dan ketidakpatuhan dalam industri.

Pada masa sama dapat membanteras aktiviti tidak sihat dalam urusan pembelian dan penjualan.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng, sistem E-FFB dijangka boleh diguna bulan hadapan melibatkan penyertaan 2,458 pekebun kecil kelapa sawit, 10 peniaga buah sawit dan sebuah kilang sawit di kawasan Tanjung Piai.

Pihaknya berharap sistem ini memberi manfaat kepada pihak berkenaan selain menjadi salah satu sistem nasional yang mengubah persekitaran kerja ke arah pendigitalan industri sawit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini