Kemajuan projek Sistem Transit Rapid, RTS link yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura, kini mencapai 17 peratus dengan jangkaan fasiliti bagi laluannya, akan siap menjelang Disember 2024.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut menjangkakan menjelang Disember 2026, kemudahan lain seperti Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin juga akan siap sebelum mula beroperasi pada Januari 2027.

Isu berkaitan pengalihan paip 900 milimeter dan 1,600 milimeter milik Lembaga Kemudahan Awam, PUB Singapura juga selesai daripada segi persetujuan dasar dan akan dibawa ke peringkat kabinet untuk dibentangkan.

Selain itu, usaha mewujudkan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan aliran trafikĀ  juga sedang dibincangkan.

Ketika ini, hanya 1 laluan melibatkan Jalan Tebrau dicadangkan sebagai jalan masuk ke stesen RTS Link berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini