Pembangunan infrastruktur Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura disasar mencapai kemajuan 70 peratus menjelang Disember tahun depan, melibatkan rel, stesen dan depoh.
 
Manakala 50 peratus bagi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, pemasangan tren, sistem dan percubaan dijangka dibuat pada 2025, sebelum memulakan operasi pada 2026.
 
Kerajaan negeri juga merancang mewujudkan Jawatankuasa Pengintegrasian Pengangkutan Awam di Johor Bahru bagi merangka aliran pergerakan penumpang yang menggunakan RTS.

Kerajaan negeri juga bersetuju melaksana kajian kebolehlaksanaan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Johor Bahru.
 
Kajian membabitkan lokasi sesuai pembinaan stesen, laluan serta kepadatan penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini