Pembangunan projek tenusu berskala besar di Lembah Chuping, Perlis berjalan lancar. Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, projek yang menelan kos keseluruhan berjumlah RM4.2 bilion itu ketika ini berada pada peringkat dasar sebelum kerja-kerja pelaksanaan fizikal dijalankan.

Jelas beliau, memorandum kerjasama (MoC) antara Baladna Dairy Facility yang berpangkalan di Qatar dengan Felda Global Ventures Holdings Berhad yang ditandatangani pada 2019 berjalan lancar seperti perancangan asal.

Tambahnya, Lembah Chuping juga terlibat dengan projek tanaman jagung untuk tujuan ternakan berskala besar menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Ia bakal memberi impak positif sebagai sumber kekayaan baharu buat pemain industri terutamnya projek tenusu yang bakal direalisasiskan di Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini