23 individu termasuk remaja bawah umur dan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town, atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian.
 
Kesemua tertuduh yang berusia 16 hingga 32 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan. 

Mereka dituduh mempromosikan permainan perjudian dalam talian menggunakan set komputer pada 7 Januari lalu di kondominium Jalan Kelawei dan Kondominium Persiaran Gurney.
 
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun serta jumlah denda sama bagi setiap mesin judi yang disita.
 
Rosnee membenarkan ikat jamin RM9,000 setiap orang dengan seorang penjamin.
 
Mahkamah menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini