Sebiji bola tampar yang digunakan sebagai prop dalam filem ‘Cast Away’ pada tahun 2000 dijual pada harga 308,000 dolar Amerika dalam satu jualan lelong di New York.

Dalam filem tersebut, bola itu menjadi satu-satunya sahabat yang menemani watak Chuck Noland lakonan Tok Hanks yang diberi nama sebagai Wilson ketika terdampar di sebuah pulau terpencil.

Menerusi Cast Away, Noland sering berbual dengan Wilson bagi memastikan kewarasannya terpelihara ketika dia berusaha untuk meneruskan kehidupan.

Menurut agensi lelong, Prop Store, bola itu sengaja dibiarkan kelihatan kotor dan terendam lama dalam air ketika penggambaran dilakukan.

Filem arahan Robert Zemeckis itu juga menyaksikan Hanks menerima pencalonan Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Terbaik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini