Kementerian Kesihatan masih meneliti cadangan pemansuhan prosedur pengasingan bagi orang ramai yang didapati menjadi kontak rapat COVID-19.
 
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, prosedur pengasingan bagi kontak rapat tanpa gejala sudah tidak dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

sekiranya pemansuhan dilaksanakan, kontak rapat kes positif Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin lima hari bagi penerima dos penggalak dan tujuh hari bagi belum lengkap vaksin.
 
Walau bagaimanapun individu yang disahkan kontak rapat sama ada mempunyai gejala atau tidak, masih perlu membuat saringan harian menggunakan kit ujian pantas Antigen untuk tempoh tertentu.

Menurut Datuk Dr Noor Azmi, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini