Proses pemecatan Datuk  Presiden SM Muthu sebagai Presiden Persatuan Olahraga Selangor (POS) yang dilakukan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) badan induk itu baru-baru ini, tidak dibuat mengikut saluran yang betul. 

Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof berkata, berdasarkan perlembagaan POS, tindakan menggantung atau memecat ahli yang memegang jawatan dalam persatuan itu, tidak boleh dilakukan menerusi EGM.

Menurut Ibrahim, berdasarkan perlembagaan POS, keputusan pemecatan atau penggantungan ahli yang memegang jawatan perlu disyorkan oleh jawatankuasa tatatertib selepas siasatan dilakukan terhadap mereka. Beliau turut memaklumkan surat tunjuk sebab juga perlu dikeluarkan kepada individu terlibat bagi memberi peluang kepada mereka membela diri. 

Bagaimanapun, semakan lanjut pada sesi mesyuarat bersama Naib Presiden POS, Varughese Abraham dan Penolong Setiausaha POS, N. Rajagopal pada Sabtu lepas, mendapati kesemua mekanisme itu tidak dilaksanakan, sekali gusa menyebabkan keputusan EGM terbatal. 

Muthu yang juga Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia mendakwa keputusan EGM POS pada 24 Oktober lalu adalah tidak sah dan situasi itu menyebabkan beliau masih Presiden POS yang sah. 

Pada EGM tersebut, 39 ahli secara sebulat suara menyingkirkan Muthu dan menarik balik keahlian seumur hidupnya atas dakwaan berlakunya penyelewengan dana persatuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini