Proses pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) perlu disegerakan bagi memastikan golongan itu tidak ketinggalan. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan berkata, sehingga 30 Jun lalu, hanya 580,633 OKU telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 15 peratus populasi sesebuah negara adalah OKU. Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disaran melancarkan Skuad Prihatin OKU bagi mengenalpasti OKU yang belum berdaftar.

Datuk Ras Adiba juga mencadangkan 16 pelaksanaan berhubung KPI 100 hari KPWKM bagi golongan OKU. Antaranya, menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan memasukkan elemen penguatkuasaan, Menaiktaraf Jabatan Pembangunan OKU sebagai satu jabatan penuh, Penubuhan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia, Meluaskan kategori OKU kepada penyakit jarang jumpa dan albino serta Memperbaiki polisi dan dasar pendidikan murid berkeperluan khas.                 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini