Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menambah jumlah pengambilan pelarian Myanmar di Malaysia untuk proses penempatan semula di negara masing-masing.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, proses penempatan semula pelarian ke negara lain sebelum ini terjejas sejak dua tahun lalu, berikutan pandemik Covid-19.

Jelasnya, majoriti pelarian Myanmar tidak berhasrat untuk kekal menetap di negara ini sebaliknya, menganggap Malaysia sebagai persinggahan sebelum berhijrah ke negara lain.

Sementara itu, Malaysia akan membangkitkan isu Myanmar pada mesyuarat Menteri Luar Asean yang dijadual berlangsung di New Delhi, India minggu depan.

Antara yang akan disuarakan termasuk Konsensus 5 Perkara melibatkan bantuan kemanusiaan di Myanmar.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kursus Asas Bahasa Isyarat Unit OKU Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota dan penyerahan sumbangan kepada jemaah Haji dalam parlimen itu di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini