Proses penunaian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) di Kaunter Bank Simpanan Nasional yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2021, dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022.
 
Timbalan Menteri Kewangan I, Dato’ Indera Mohd Shahar Bin Abdullah berkata kemudahan disedia khusus untuk penerima bantuan yang terjejas banjir di seluruh negara. Beliau menjawab pertanyaan Senator Seruandi Saad.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohd Shahar memaklumkan, kerajaan bersetuju memberi pengecualian sewa selama dua bulan kepada penyewa Kompleks Keusahawanan SME Bank yang terjejas banjir.

SME bank juga akan memudahcara permohonan penstrukturan semula pinjaman individu terkesan dengan bencana itu.                    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini