Proses pengundian awal bagi PRU Dun Melaka di SK Kem Terendak 2, Sungai Udang, Melaka berjalan dengan lancar. Ia merupakan salah satu dari 7 pusat pengundian yang dibuka khusus untuk anggota tentera dan pasangan mereka.

Secara keseluruhan, sebanyak 31 pusat pengundian awal dibuka di 24 Kawasan DUN yang mempunyai pengundi berdaftar yang bertugas sebagai tentera dan pasangan serta polis.

Bagi SK Kem Terendak 2, seramai 8,782 pengundi berdaftar akan menjadi pemilih awal melibatkan 6,928 tentera dan 1,854 pasangan. Proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan anggota tentera terlibat dibenarkan masuk secara berperingkat ke pusat pengundian untuk mengurangkan keberadaan jumlah pengundi pada satu-satu masa.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim antara yang terawal tiba pada pkul 8.15 pagi untuk mengundi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini