Protes besar-besaran terus tercetus di Sudan sehingga meragut dua lagi nyawa pada Ahad.

Ribuan rakyat turun ke jalanan menuntut kerajaan awam.

Penunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera pada 25 Oktober dipimpin Jeneral Abdel Fattah al-Burhan sambil melaungkan ‘kuasa kepada rakyat’ dan menuntut tentera kembali ke kem.

Sehingga kini, 56 orang maut berdasarkan laporan oleh pihak perubatan.

Sudan mempunyai sejarah panjang rampasan kuasa tentera berdepan kesukaran ke arah kerajaan awam sejak Omar al-Bashir digulingkan pada 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini