Protes ganas di seluruh Kazakhstan awal bulan ini meninggalkan kesan kerosakan besar kepada negara itu.

protes itu menyebabkan kemusnahan besar dengan anggaran kerugian lebih 215 juta dolar.

Dewan Usahawan Atameken Kebangsaan Kazakh dalam satu kenyataan mendedahkan, 1,319 entiti perniagaan terjejas dan infrastuktur musnah melibatkan sembilan wilayah di Kazakhstan dan bandar Almaty.

Entiti terbabit adalah perdagangan, katering, sektor kewangan, logistik dan agensi media.

Gelombang protes melanda Kazakhstan tercetus berikutan kenaikan harga gas dua kali ganda.

Protes kali ini memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat sehingga 19 Januari depan.

Presiden Kazakhtan, Kassym-Jomart Tokayev berkata, kerajaan telah mencapai kompromi dengan penunjuk perasaan dan berjanji mengumumkan langkah tranformasi ekonomi baharu dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini