PROTON melancarkan rangkaian produk minyak pelincirnya. Sama seperti jenama kenderaan premium lain, ia diformulasi secara eksklusif untuk kereta buatannya. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah memaklumkan, empat gred minyak pelincir ditawarkan.

Ia meliputi minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral. Minyak pelincir berkenaan akan digunakan di semua pusat servis yang sah. Produk terbaharu itu dilancarkan Proton hasil formulasi dengan rakan niaganya.

Menerusi pengeluaran itu, syarikat yakin kenderaan keluarannya akan mendapat perlindungan lebih optimum dengan harga berpatutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini