PROTON melancarkan X70 2022 dengan pilihan enjin baharu dan ciri-ciri yang diperbaharui.

Ini meliputi penggunaan enjin 1.5 liter Suntikan Terus Bahan Api Turbo (TGDi), dan pengecas turbo yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8 liter TGDi yang biasa.

Kenyataan Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah memperincikan, SUV terlaris di Malaysia ini dikemaskini dengan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api.

Selain enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan roda aloi 19 inci baharu untuk keselesaan pemandu dan penumpang.

PROTON menawarkan lima varian dengan harga bermula RM93,900 bagi 1.5 TGDi Standard 2WD.

Proton X70 merupakan model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris dengan jualan lebih 70,000 unit sejak dilancarkan pada 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini