Proton Holdings Bhd (PROTON) melantik Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden, Bahagian Pemasaran dan Jualan PROTON.

Selain itu, Roslan Abdullah juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi PROTON Edar Sdn Bhd, sejak 1 Jun 2020.

PROTON dalam satu kenyataan menyatakan beliau mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif.

Justeru, Roslan memainkan peranan penting untuk mengukuhkan pengurusan syarikat tersebut dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini