PROTON menawarkan pakej bantuan yang ditambahbaik khusus bagi pelanggan yang terjejas.

Syarikat pengeluar kereta itu menawarkan diskaun 50 peratus bagi alat ganti terpilih untuk semua model, kecuali Proton X50 dan Proton X70.

Selain itu, servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin diberikan secara percuma.

Diskaun 25 peratus bagi caj buruh turut ditawarkan untuk semua model kenderaan.

Bagi pemilik Proton X50 dan X70, diskaun untuk alat ganti terpilih ditingkatkan kepada 25 peratus, berbanding 20 peratus sebelum ini.

Kesemua tawaran ini melibatkan pengedar 3S atau 4S Proton terpilih serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebagai tambahan, pelanggan yang diinsuranskan di  bawah Program Insurans Proton, layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000.

PROTON juga akan berunding dengan pihak bank untuk membenarkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran, melalui kad kredit bagi pembayaran bil.

Ini bermakna pelanggan tidak akan dikenakan bayaran faedah dan tidak perlu membuat bayaran penuh secara sekali gus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini