Sebanyak 894 set borang penamaan calon dijual setakat semalam. Kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor ke-15, boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 56 Pusat Penamaan Calon, PPC, bermula 9 hingga 10 pagi, 26 Februari ini.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ikmalrudin Ishak, Calon disaran mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor, sebelum Hari Penamaan Calon.

Menerusi satu kenyataan, beliau menjelaskan, borang boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong, atau mana-mana dua orang daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka.

Mereka juga disaran membayar deposit lebih awal dan resit dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran, bagi memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan lancar.

Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, surat kebenaran menggunakan simbol parti diwakili perlu dikemukakan semasa menyerahkan Kertas Penamaan Calon. Hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC, manakala penyokong-penyokong tidak dibenarkan berkumpul dan berarak.

Kesemua proses dilaksana mengikut pelaksanaan pilihan raya ini mengikut SOP Pencegahan Covid-19 yang ketat.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini