Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mempergiat pemantauan terhadap penyebaran berita palsu berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan itu dibuat berikutan pihaknya menerima banyak aduan berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, keadaan ketika ini masih terkawal.

Selain penguatkuasaan, pihaknya akan turut mempergiat usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keburukan penyebaran berita palsu.

Ia akan dilaksana menerusi pelbagai platform termasuk televisyen dan media sosial.

PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 akan membuka tirainya 26 Februari ini bermula dengan sesi penamaan calon.

Undi awal pada 8 Mac, manakala hari pengundian pada 12 Mac

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini