Menjelang PRU Dewan Negeri Johor nanti, warga Johor tidak perlu bimbang untuk menunaikan hak dan tanggungjawab mengundi biarpun berdepan peningkatan kes COVID-19.

Ini kerana kerajaan telah mengambil langkah-langkah terbaik menerusi SOP ketat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, rakyat harus kembali kepada kehidupan normal dengan amalan normal baharu dengan memastikan juga amalan demokrasi terus subur dengan mengadakan pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Town Hall Bicara Keluarga Malaysia di Auditorium Permata Sari, RTM Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini