Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menggiatkan usaha bagi memastikan sasaran 70 peratus rakyat keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor pada 12 Mac nanti, tercapai.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata KKMM melalui pelbagai agensinya akan melaksanakan kempen kesedaran mengenai kepentingan mengundi termasuk menerusi media sosial.

Kempen berkenaan akan dirancakkan melalui internet termasuk usaha Jabatan Penerangan menerusi program ‘Info on Wheels’.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 300 dekoder MyTV kepada penduduk FELDA Bukit Besar, Kota Tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini