2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Jumlah pengundi mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 22,536 pemilih merupakan pengundi awal.

Ia melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan.

Manakala 11,578 lagi merupakan anggota polis serta pasangan.

Menurut data diwartakan SPR pada 17 Januari lepas, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah seramai 376 orang.

Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih, aplikasi My SPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian 03-88927018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini