Perkembangan PRU DUN Johor.

Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihan raya berkenaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah tersebut, 22,536 individu merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan.

Manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.

Menurut data yang diwartakan SPR pada 17 Januari lalu, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah seramai 376 orang di semua kawasan DUN.

Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih seperti yang tertera.

Juga boleh disemak menerusi aplikasi MySPR Semak dan talian Hotline SPR.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini