Pengundian awal PRU DUN Melaka pada esok bakal melibatkan 11,557 pemilih di 31 pusat mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, pengundi terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan, serta 2,340 anggota polis.

Pusat Pengundian Awal mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Proses mengundi akan dilakukan mengikut SOP dan Garis Panduan Pencegahan COVID-19, dengan disaksikan ejen calon yang bertanding selain disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi SPR.

Kesemua peti undi bagi pengundian awal akan di simpan di lokap-lokap balai polis dan kertas undi akan dikira pada 20 November bermula 4 petang.

Pengiraan akan dilakukan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini