Sebanyak 254 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum DUN Melaka telah terjual menjelang beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon, Isnin ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, borang penamaan calon itu mula dijual pada 18 Oktober di pejabat SPR di Putrajaya dan SPR Melaka.

SPR juga menasihatkan bakal calon yang bertanding mengisi borang dan membuat semakan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri sebelum hari penamaan calon.

Calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran perlu dibawa pada hari penamaan sebagai bukti pembayaran bagi memastikan semua proses seterusnya lancar.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRU DUN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini