Tanggungjawab sebagai pemilih awal bakal dilaksana 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis, pada Hari Pengundian Awal di Melaka, hari ini. SPR menetapkan SOP ketat di pusat pengundian awal termasuk empat slot waktu kehadiran mengundi.

Pengundi boleh membuat semakan menerusi aplikasi mySPR Semak atau Portal Semakan Daftar Pemilih SPR. Proses pengundian awal bakal disaksikan ejen-ejen calon yang bertanding, dengan SOP ketat. SPR akan turut menyiarkan proses pengundian secara langsung menerusi laman sosial facebook rasminya.

Hanya empat dun tidak terlibat untuk proses undi awal, masing-masing Tanjung Bidara, Pengkalan Batu, Duyong dan Serkam. Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal) N.11 Sungai Udang, Norazle Sulaiman berkata, 150 petugas terlibat untuk proses undi awal di lima pusat mengundi di DUN ini.

Ia melibatkan Balai Polis Sungai Udang, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak dan Dewan Borhan.

Dalam pada itu,Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah menjelaskan, 24 pusat undi awal dibuka di Balai Polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen. Kesemua kertas undi itu, hanya akan dikira pada 20 November bermula 4 petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini