Sebanyak 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan jumlah itu meliputi 6,871 kategori Borang 1A  membabitkan petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.

Sebanyak 511 kertas undi pos lagi bagi kategori Borang 1B dikeluarkan membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 113 kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.

Semua pengundi pos diingatkan supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum 5 petang pada hari mengundi 20 November (Sabtu).

Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini