‘Berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen’. Pihak polis mengingatkan perkara itu kepada parti politik dan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri PRU DUN Melaka. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi memantau platform media sosial secara 24 jam.

Jelas Datuk Abdul Majid, apabila sesuatu kesalahan dikesan, polis akan membuat laporan supaya siasatan adil dapat dijalankan, seterusnya menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu beliau menasihatkan parti dan calon supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia bagi memastikan proses pilihan raya secara norma baharu di negeri itu menjadi yang terbaik sekali gus menjadi panduan pada pilihan raya akan datang. Esok, undi awal PRU DUN Melaka akan berlangsung, manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 20 Nevember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini