Langkah memberi peluang kepada semua calon yang bertanding pada PRU DUN Melaka berkongsi biodata dan poster menerusi RTM disokong Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Datuk Seri Rina menyambut baik usaha itu memandangkan banyak kekangan SOP yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kemudahan yang diberikan itu mengambil kira kekangan berkempen semua calon dan parti bertanding.

RTM kini sedang berhubung dengan semua calon bertanding untuk mendapatkan maklumat serta bahan kempen masing-masing bagi tujuan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini