Pilihan Raya Umum DUN Melaka. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman menasihati pengundi luar dari Melaka memastikan diri telah lengkap vaksin dan membuat ujian kendiri COVID-19 jika bergejala.

Tindakan bertanggungjawab itu perlu dibuat sebelum pulang untuk mengundi, Sabtu ini. Beliau berkata walaupun dari segi vaksinasi, seseorang individu tersebut mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira.

Selaras SOP negeri di Pelan Pemulihan Negara, hanya mereka yang lengkap vaksin boleh merentas negeri. Bagi ujian kendiri, individu boleh membeli kit ujian yang diluluskan di pasaran. Jika positif, mereka perlu membatalkan rancangan untuk balik pulang dan mengikuti langkah yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk kuarantin di rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini