Perang bendera memeriahkan kempen PRU DUN Melaka. Secara tidak langsung, dapat menarik perhatian pengundi, memandangkan kempen secara bersemuka tidak dibenarkan. DUN Ayer Keroh dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya antara kawasan yang meriah dengan perang bendera. Namun, bendera parti tidak boleh dipasang sesuka hati.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othaman berkata, setiap calon bertanding perlu membayar RM7,050 bagi tujuan deposit, Fi Lesen dan proses untuk pemasangan bendera.

Beliau turut mengingatkan setiap parti yang ingin memasang bendera, supaya mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan. Pasukan pemantau melibatkan 20 penguatkuasa MPHTJ akan memastikan bendera yang dipasang mengikut garis panduan.            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini