Perikatan Nasional (PN) menampilkan 28 calon bagi PRU DUN Melaka.

Pengerusinya,Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Bersatu menampilkan 15 calon, manakala PAS 8 calon dan 5 calon dari Parti Gerakan.

Daripada kesemua calon berkenaan, 43 peratus berusia di bawah 40 tahun dan sebahagian besarnya daripada kalangan golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

Antara calon yang akan bertanding Aziah Mohd Sa’ad, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Dr Nordina Abd Latif dan Mejar (Bersara) Abdullah Mahadi.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan 28 calon akan bertanding, melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Antara yang dicalonkan PH ialah, bekas Ketua Menteri Melaka yang juga bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron untuk bertanding di DUN Asahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini