Perikatan Nasional, PN belum bercadang mengumumkan nama bakal Ketua Menteri Melaka, sekiranya memenangi majoriti Pilihanraya Umum DUN Melaka nanti.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah berlangsung sebelum ini.

Namun pengumuman mengenai cadangan berkenaan akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi PN. PN katanya hanya memberi fokus kepada usaha menyampaikan tawaran kepada rakyat sepanjang tempoh PRU DUN kali ini.

Beliau ditanya mengenai gambaran calon Ketua Menteri Melaka, sekiranya PN mendominasi kerusi DUN pada PRU Negeri ini.

Barisan Nasional, BN dan Pakatan Harapan, PH sebelum ini telah menyenaraikan calon Ketua Menteri masing-masing jika memenangi PRU DUN Melaka. BN menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali manakala PH dengan Adly Zahari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini