Perikatan Nasional melancarkan ikrar manifesto bagi menghadapi PRU DUN Melaka dengan tema “Melaka Bangkit Gemilang”.

Berpaksikan 6 tunjang utama iaitu Keutuhan Ekonomi, Keprihatinan Rakyat, Kerancakan Sektor Pelancongan,Kelestarian Alam Sekitar, Kecekapan Infrastruktur serta Keteguhan dan Kejujuran Pentadbiran.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ikrar manifesto akan membawa perubahan besar dalam pentadbiran negeri Melaka sekiranya dipilih membentuk kerajaan. Sementara itu,sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan dan dianggotai anak jati Melaka yang  berpengalaman dan profesional.

Tambah beliau, PRU DUN Melaka merupakan peluang terbaik bagi rakyat negeri itu membuat perubahan bagi memastikan kepimpinan berintegriti dipilih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini