“Kami telah mengenal pasti 16 kawasan panas sepanjang berlangsungnya PRU DUN Melaka Ke-15”, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Daerah Melaka Tengah antara yang menjadi tumpuan dengan lapan kawasan panas. 

Pihaknya akan menggunakan dron bagi memantau kawasan itu sebagai langkah keselamatan dan ketenteraman awam. 

Polis juga akan mendapatkan bantuan dua unit pencegahan rusuhan dan dua unit pasukan simpanan persekutuan. 

Katanya, lebih 3,000 anggota polis akan ditugaskan sepanjang pilihan raya itu nanti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini