Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka hari ini berjalan lancar. Bagaimanapun, terdapat dua insiden kecil namun berjaya ditangani pihak polis dan akan disiasat untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka, ACP Mohd Hedzir Hussin berkata polis mendapati kesemua petugas serta calon yang hadir di 28 pusat penamaan calon mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah dilaporkan berkata polis menerima dua laporan berhubung tindakan calon membawa penyokong di dua pusat penamaan calon.

Ia membabitkan kejadian di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara, Alor Gajah dan Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, Melaka Tengah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRU DUN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas, susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini