Semua calon yang bertanding pada PRU DUN Melaka bakal diberi peluang untuk berkempen dengan berkongsi biodata dan poster masing-masing menerusi saluran TV dan Radio RTM.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kemudahan yang diberikan mengambil kira kekangan berkempen semua calon dan parti bertanding. RTM sedang membuat persiapan menentukan slot-slot siaran tertentu agar pembahagian masa siaran dapat dijalankan dengan adil kepada calon dan parti politik terlibat.

RTM kini sedang berhubung dengan semua calon bertanding untuk mendapatkan maklumat serta bahan kempen masing-masing bagi tujuan berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini