Semua individu hadir ke pusat pengundian 20 November ini perlu menjalani saringan suhu badan terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak bergejala.

Datuk Abdul Ghani berkata, bagi individu berjgejala, mereka akan diasingkan di satu khemah yang dikendalikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, kemudahan alat pengimbas suhu akan sediakan disemua pusat pengundian dan setiap individu yang ingin mengundi perlu melalui saringan berkenaan bagi memudahkan petugas SPR untuk mengenalpasti individu yang bergejala.

Namun katanya, individu ini masih dibenarkan mengundi namun akan diuruskan oleh petugas kesihatan KKM.

Dalam pada itu, pesakit Covid-19, individu yang diberi perintah pengawasan dan pemerhatian serta individu bergejala dan sedang dalam rawatan, kebenaran untuk keluar mengundi adalah tertakluk kepada KKM.

SPR akan mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) selaras dengan rahan terkini dibawah AKta Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini