Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding tidak dibenarkan di semua 28 pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka, esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hanya tiga individu sahaja iaitu calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke pusat berkenaaan yang mula dibuka pukul 9 pagi.

Justeru, Datuk Abdul Ghani menasihatkan semua parti yang bertanding sentiasa mematuhi tata etika dan arahan yang telah ditetapkan.

Katanya, segalanya telah siap mengikut SOP yang ketat dan berharap proses penamaan calon esok berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM di Pusat Media SPR di Ayer Keroh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini