Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 17,885 kertas undi pos kepada individu yang layak.

Pengeluaran kertas undi pos pada 8 hingga 10 Disember itu dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di semua 82 kawasan DUN.

Setiasusaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata; kesemua kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya; Ahli/Pegawai SPR; Anggota Polis; Anggota Tentera; dan Petugas Media.

365 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); 679 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan); dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

Pengundi turut diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi
masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini