Perkembangan Hari Mengundi PRU DUN SARAWAK.

18 Pusat Mengundi di DUN Gedong telah ditutup secara berperingkat pada pukul 12 dan 1 tengah hari serta 2 petang.

Manakala satu pusat pengundian lagi ditutup sebentar tadi iaitu pukul 4 petang.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya di DUN N26 Gedong;  Abdul Khalid Manap, pusat pengundian terakhir yang ditutup itu adalah di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong.

Pusat Mengundi berkenaan mempunyai seramai 3,126 pengundi berdaftar.

Kotak-kotak undi dijangka tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Masyarakat Gedong bermula pukul 3 petang.

Dijangkakan keputusan rasmi diumumkan di DUN N26 Gedong ini adalah pada pukul 8.30 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini