349 calon layak bertanding bagi merebut 82 kerusi Pilihanraya Umum DUN Sarawak ke-12. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah berkenaan calon parti tertinggi adalah Gabungan Parti Sarawak, GPS menampilkan 82 calon; Parti Bumi Kenyalang, PBK-73 dan Parti Sarawak Baru, PSB-70.

Manakala PKR-28, DAP-26, Parti aspirasi-15, PBDS-11, Parti Sedar-5, Parti Seislam Malaysia, Pas-1 dan Bebas 30. DUN Dudong satu-satu kawasan yang tampil dengan calon paling ramai iaitu lapan orang. Manakala pertembungan 4 penjuru paling banyak melibatkan 33 DUN.

Selain itu 6-penjuru di tujuh DUN, 5 penjuru -24 dun, tiga penjuru – 13 DUN dan satu lawan satu di empat DUN. Datuk Seri Wong Soon Koh calon Bawang Assan dari PSB merupakan calon tertua berusia 79 tahun  manakala dua calon lagi di DUN Batu Lintang dan Nangka paling muda berusia 24 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini