89 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-12.  

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan 18,141 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka.

Pengundian awal hari ini dilaksanakan di 85 pusat mengundi dengan 111 saluran disediakan.

Ia berlangsung dari 7.30 pagi hingga 5 petang.

SPR menetapkan pengundian pada Sabtu ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini