Datuk Ali Biju mengumumkan menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di DUN Krian.  Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui laman facebook dan Whatsapp rasminya, beliau menjelaskan penarikan dirinya dibuat setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat dan pengundi DUN N.39 Krian.

Semalam, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang kecewa dengan pencalonan Datuk Ali Biju, sebagai calon Bebas berkata tindakan akan diambil kerana beliau melanggar perjanjian dibuat sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini