Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU DUN Sarawak, disaran membuat semakan awal pengisian borang penamaan sebelum tarikh penamaan calon.

Semakan boleh dibuat dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, semakan awal itu akan memudahkan proses penamaan calon nanti.

Bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal. Resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini