Di N.03 Tanjung Datu menyaksikan persaingan empat penjuru. GPS meletakkan calon Azizul Annuar Adenan, 30 tahun iaitu salah seorang muka baharu.

Azizul Annuar yang merupakan calon pilihan GPS, mengisi kekosongan yang ditinggalkan ibunya, Datuk Amar Jamilah Anu yang mengambil keputusan tidak bertanding semula setelah menjadi wakil rakyat selama 1 penggal.

Beliau menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Dewan Masyarakat Lundu pada pukul 8.21 pagi.

Calon seterusnya adalah dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Anak Pijar, Jery’in Fauzi dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), dan 2 calon bebas, Alisman Ibrahim dan Abdul Talib Ba’ee. Walaubagaimanapun, Alisman Ibrahim menarik diri di saat-saat akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini