Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah sepanjang waktu pagi semasa proses pengundian PRU DUN Sarawak ke-12, hari ini.

Ia melibatkan semua 12 bahagian negeri.

Bagaimanapun pada sebelah petang, cuaca cerah diramalhanya di Miri dan Limbang, sementara hujan diramal di Kapit dan Bintulu.

Manakala ribu petir diramal di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Justeru, pengundi dinasihat merancang awal waktu keluar mengundi dan jangan lupa membawa dokumen pengenalan diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini