Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, P-B-B, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menegaskan, setiap parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak, GPS akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.

GPS juga katanya lebih memahami keperluan serta kehendak rakyat termasuk di luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Beliau akan terus memastikan kesejahteraan kepada rakyat akan terus dipertingkat bagi memacu pembangunan Sarawak

Datuk Awang Tengah memberitahu demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Kemahiran Keusahawan Digital di Sebuyau.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memaklumkan pelbagai insiatif menerusi bantuan dan pinjaman kepada usahawan di Sarawak disediakan kerajaan negeri. Langkah itu bagi membantu mereka membangunkan semula perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Datuk Awang Tengah mahu peluang tersebut direbut sepenuhnya oleh IKS tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini